SET FONT SIZE
  • Increase font size
  • Default font size
  • Decrease font size
JA Control Panel

ismamesir.com

Mumtaz, Hadiah buat Umat!

E-mail Print PDF
User Rating: / 1
PoorBest 

Saban hari kita memerhatikan umat Islam diserang. Peristiwa berdarah 31 Mei berjaya membuka mata dunia bahawa kezaliman Zionis terus-menerus merobek kedaulatan umat Islam tanpa rasa bersalah.

Kelemahan kita menyebabkan mereka lebih berani sehinggakan Presiden Iran Mahmoud Ahmedinejad menjangkakan bahawa Israel bakal menyusun serangan lebih besar terhadap Ghaza sebagai tindak balas kepada kekalahan mereka Disember lalu. Di manakah peranan kita selaku mahasiswa Muslim apabila berhadapan dengan suasana yang menyedihkan ini?

Mengambil Berat Urusan Umat Islam

Di dalam sebuah hadis, Nabi bersabda: ‘ Sesiapa yang tidak mengambil berat urusan kaum muslimin, maka dia bukan dari kalangan mereka (muslimin)’.

Nabi bersabda di dalam hadis yang lain: ‘ Tidak lengkap iman seseorang daripada kamu sehingga dia menginginkan kebaikan seperti mana diingini kepada dirinya sendiri’.

Selaku Muslim sejati, kita perlu mengambil berat apa sahaja yang menimpa umat Islam yang lain. Kita berkongsi perasaan yang sama, sehingga kita rasa tertolak untuk melakukan sesuatu demi sahabat seagama. Kita takkan redha untuk berdiam diri sedangkan agama kita dihina dan muslimin terus dicerca. Sesuatu perlu dilakukan sebagai bukti kita berjuang bersama mereka. Mengangkat pena hampir sama dengan menggalas senjata jika diniatkan berjuang demi agama-Nya.

Bukan kerana isu, tetapi keimanan yang menolak kita

Serangan-serangan ini bukanlah benda baru bagi kita. Bahkan bagi rakyat Palestin, mereka telah ditindas sejak lebih 6 dekad yang lalu.

Allah telah berfirman di dalam al-Quran dalam Surah Al-Baqarah ayat ke -120:

‘Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu (wahai Muhammad) sehingga engkau menurut agama mereka (yang telah terpesong itu)’.

Perjanjian perdamaian dipromosikan. Kononnya meredakan keganasan. Namun umat Islam dipersalahkan kerana tidak memberi persetujuan. Bagaimana tidak, perjanjian yang yang dicadangkan berat sebelah sehingga menggadaikan tanah waqaf umat Islam. Jika dipersetujui sekalipun, mereka tidak akan menepatinya kerana Allah telah menjelaskan sifat jahat mereka seperti di dalam ayat Al-Quran tadi.

Perkara ini kita imani bersama. Peperangan dan permusuhan ini di antara Allah dan musuh-Nya. Namun di sana memerlukan usaha kita memenangkan agama ini dengan segala cara apa sekalipun.

Allah berfirman lagi di dalam Surah A-Toriq ayat ke-15 dan ke-16: ‘ Sesungguhnya mereka (musuh Allah) merancang tipu daya. Dan Aku pun menyusun tipu daya’.

Cita-cita yang Besar 


Suasana mengulangkaji di Masjid Azhar : gambar oleh Syed Ahmad Israa'
 
Tiadalah yang menjadi impian seorang mukmin itu melainkan syurga yang melimpah ruah nikmat di dalamnya.  Nabi Muhammad mengajar umatnya supaya memiliki cita-cita yang paling besar seperti sabdanya di dalam hadis: ‘Jika kamu berdoa kepada Allah, mintalah syurga Firdaus kerana ia adalah syurga yang paling tengah dan paling tinggi maqamnya, ia terletak di bawah Arasy Allah’.

Mahasiswa yang bijak di dalam perjuangannya sentiasa memburu Mumtaz di dalam peperiksaan. Bukan untuk berbangga, tetapi menjadi bukti bahawa orang Islam itu boleh berjaya sekalipun rintangan yang dilalui amat sukar dilepasi. Mumtaz ini adalah hadiah buat umat Islam sedunia.

Kejayaan selepas Kejayaan

Kita perlu berazam dan menanam tekad bahawa kejayaan ini tidak terhenti setakat ini sahaja. Banyak lagi ‘mumtaz’ yang bakal menyusul. Medan peperiksaan ini hanyalah medan ujian yang kecil di zaman universiti. Banyak lagi medan yang perlu diterokai. Semuanya memerlukan usaha berlipat ganda yang membuahkan hasil ‘mumtaz’ demi membela nasib umat ini.

Ya Allah, Kepada-Mu Kami Kembali

Semuanya kembali kepada Sang Pencipta. Segala keringat dan susah payah diikhlaskan demi mencari redha-Nya. Bukan nama yang dikejar, bukan dunia yang dilamar. Tetapi akhirat destinasi yang pasti. Usaha yang kecil barangkali menjadi besar bila diiringi kasih dan rahmat Allah yang Esa. Semoga penat lelah kita memburu ‘mumtaz’ kali ini diperkenankan Allah, Pemilik Alam Semesta.   

 

 

 
Mohd Firdaus bin Salleh Hudin
Ketua Biro Akademik
Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA-Mesir) 

 

 

Comments  

 
+1 # mmd 2010-06-03 18:06
Inshaallah same2 kita buktikan umat Islam adalah ummat yang cemerlang!`aYUH ,kerahkan tenaga dan usaha sehabis daya mengejar cita2 mulia ini..Subhanallah indahnya ilmu dan manisnya beramal!~ya Allah,bantu kami..semoga kejayaan yang cemerlang ini menjadi bonus kami dalam beramal..~WattaquLLaha wa Yu'alimukumullah!~ dan bertaqwalah kepada Allah,Allah mengajarkanmu~
~moga kejayaan ini jua membantu alAqsa yang tercinta!Allahu akhbar!
Reply | Reply with quote | Quote
 
 
+1 # bilal_jailani 2010-06-19 05:52
Bangunkan potensi anda yang memang imtiyaz itu kepada imtiyaz.


Satu persoalan, kenapa tiada mahasiswa Al-Azhar Malaysia susah nak dapat mumtaz? Sehingga seolah-olah mustahil. Mahasiswa Indonesia juga begitu.


(Apa-apapun, doakan saya mumtaz!)
Reply | Reply with quote | Quote
 

Laman JPMK

JPMK

Mesti Klik

ISMAWEBISMA Mesir | IskandariahISMA Mesir | MansurahISMA Mesir | Tanta 

Komen Pembaca

Sekitar Aktiviti ISMA-Mesir