SET FONT SIZE
  • Increase font size
  • Default font size
  • Decrease font size
JA Control Panel

ismamesir.com

Isra’ Mi’raj: Merungkai Rahsia Pensyariatan Solat

E-mail Print PDF
User Rating: / 0
PoorBest 

Kaherah, 9 Julai - Sempena Isra’ dan Mi’raj pada tahun ini, Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA-Mesir) menganjurkan program sambutan pada 9 Julai 2010 bersamaan 28 Rejab 1431 H bertempat di Dewan Rumah Negeri Sembilan. Sambutan kali ini menampilkan sedikit kelainan dengan jemputan penceramah khas, Ustaz Duktur Ahmad Ismail, Professor Jabatan Da’wah, Fakulti Usuluddin, Universiti Al-Azhar.

Secara keseluruhannya, program ini dihadiri lebih kurang 70 orang mahasiswa.

Majlis yang dipengerusikan oleh saudara Buraidah Al-Aslami bermula sekitar pukul 3.30 petang itu dimulakan dengan bacaan ayat suci al-quran oleh Saudara Hafiz bin Abdul Rahman kemudian diikuti ucapan pengarah program merangkap pengerusi Biro Da’wah ISMA-Mesir, saudara Abdullah bin Hussen.

Pengisian yang disampaikan oleh penceramah  diisi dengan banyak maklumat yang bermanfaat khususnya sebagai panduan dan pedoman untuk mahasiswa-mahasiswa yang hadir.

Bertemakan ‘Merungkai Rahsia Pensyariatan Solat’, penceramah mengupas tajuk perbincangan dengan menarik sekali. Menurutnya Isra’ Mi’raj merupakan rehlah untuk melembutkan kembali hati Rasulullah setelah baginda diuji dengan tahun kesedihan.

 “Barangsiapa yang mengabaikan Masjid Al-Aqsa, atau mengurangkan haknya, samalah seperti mengabaikan Masjidil Haram,”  demikian ujarnya lagi bagi menyingkap rahsia pemilihan Masjid Al-Aqsa sebagai pemilihan untuk destinasi Isra’ baginda Nabi saw.

Kemudian, tayangan video tentang Palestin ditayangkan bagi memberi kesedaran peri-pentingnya Masjid Al-Aqsa bagi umat Islam. Sambil hadirin dijamu selera, kumpulan Fetya pula tampil untuk menghiburkan hadirin dengan mempersembahkan beberapa buah lagu.

Majlis melabuhkan tirainya sekitar pukul 5.00 petang dan hadirin bersurai selepas mengerjakan Solat Asar berjemaah.

Turut hadir dalam sambutan pada tahun ini, Pengerusi ISMA-Mesir, saudara Shuhaib Ar-rumy Selamat dan Setiausaha ISMA-Mesir, saudara Qamarul Naim bin Mohd Faizal.

Penceramah dan pimpinan ISMA-Mesir turut berkesempatan menziarahi Pegawai Kebajikan Rumah Negeri Sembilan, Haji Muhamad Zin bin Abu.

Semoga hadirin yang hadir dapat mengambil manfaat sebanyak-banyaknya teruatama dalam mempertingkatkan lagi penguasaan bahasa arab dan memperoleh pengajaran yang banyak dari kisah Isra’ Mi’raj.

 

Gambar sekitar program...

 

Laman JPMK

JPMK

Mesti Klik

ISMAWEBISMA Mesir | IskandariahISMA Mesir | MansurahISMA Mesir | Tanta 

Komen Pembaca

Sekitar Aktiviti ISMA-Mesir